CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 11, 2011

ade jugak yg meninggal...hmmm...

petikan Utusan malaysia online

Pakar perubatan HKL sahkan kematian kerana komplikasi jantung - Polis

KUALA LUMPUR 10 Julai - Polis hari ini mengesahkan kematian seorang pemandu teksi berusia 59 tahun semasa dipercayai menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, adalah berpunca daripada masalah komplikasi jantung.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, ia berikutan hasil laporan awal bedah siasat oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengesahkan kematian mangsa itu pada pukul 5.30 petang.

Beliau berkata, laporan itu juga mendapati tiada kesan kecederaan dalaman mahupun luaran pada tubuh mangsa, Baharudin Ahmad.

"Justeru, dakwaan mengatakan Baharudin meninggal dunia disebabkan tindakan pihak polis yang menyembur gas pemedih mata dan memukulnya ketika berada di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) adalah tidak benar sama sekali.


petikan dr the malaysian insider...


Bersih 2.0: Keluarga mahu polis tanggungjawab kematian Baharuddin

July 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Abang kepada Baharuddin Ahmad, seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semalam, mempersalahkan kematian mangsa adalah akibat sikap “kejam” pihak polis.

Kassim Ahmad, 72, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Baharuddin mati kerana polis tidak memberikannya bantuan perubatan dengan segera sebaik sahaja Allahyarham pengsan akibat terkena air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.

“(Mereka) ada meminta polis agar membantu menghantar dia ke hospital tetapi mereka enggan. Jadi mereka menunggu satu setengah jam sebelum sebuah van datang,” katanya.

“Ramai yang cuba menyelamatkan dia... jika dia diberikan bantuan oksigen, dia kemungkinan masih hidup hari ini,” kata Kassim.


mane yg btol: hanye diorg yg tau...kite yg jauh ni jgn r maki2 org...ni bace kat fb, sume perkataan yg kasar2 kuar...adei..sesame melayu lak 2...

0 comments: